Polisi Kami

Panduan & Rujukan Kami

Panduan dan rujukan utama kami ialah Kitabullah iaitu Al-Qur’an dan Sunnah Rasululullah sallallahu ‘alaihi wa sallam berdasarkan manhaj yakni metodologi para sahabat, tabi’in, dan tabi’ at-tabi’in dalam memahami dan mengaplikasikan isi kandungannya.

 

Mazhab & Pegangan Kami

Mazhab dan jalan ikutan kami dalam perkara-perkara usul (‘aqidah) serta perkara-perkara furu’ dan bidang fiqah ialah Mazhab Ahlissunnah Wa Al-Jama’ah, termasuklah mazhab empat yang muktabar iaitu Hanafi, Maliki, Syafi’i, dan Hanbali.

 

Pendekatan Terhadap Isu Khilafiyah

Kami menghormati setiap pendapat dan ijtihad para imam yang mujtahid dan tidak bermudah-mudah membid’ahkan atau menyesatkan mana-mana individu, tokoh, dan kelompok, melainkan atas dasar ilmu dan taqwa. Perkara-perkara ranting atau furu’ dalam agama yang mengandungi perbezaan pendapat dan pandangan mestilah disantuni dengan berhemah dan penuh rasa kasih sayang sesama muslim, apatah lagi terhadap para ulama mujtahid.

Untuk mengambil jalan yang paling selamat, kami mengambil pendekatan mengikuti Ijma’, atau jumhur, dan pendapat yang rajih dalam sesuatu permasalahan agama. Dan kami mengambil pendirian untuk tawaqquf (berdiam diri) dalam isu-isu yang tidak disepakati oleh para ulama yang muktabar.