Visi

Menegakkan kalimah Allah di muka bumi.

Misi

Mengimarahkan majlis-majlis ilmu disamping membimbing ahli masyarakat dalam hal ehwal agama Islam dan juga melatih serta melahirkan pelapis pendakwah masa hadapan.

 

Objektif

  1. Mewujudkan kelas-kelas asas agama seperti pembacaan Al-Qur’an, tajwid, qiraat, bahasa Arab, dan ilmu-ilmu fardu ‘ain khususnya untuk saudara baru, kanak-kanak, dan golongan yang baru mengenal Islam.
  2. Mengadakan kelas-kelas pengajian talaqqi kitab-kitab turath dan kontemporari dalam pelbagai bidang termasuklah ‘aqidah, tafsir, hadith, ‘ibadah, mu’amalah, dan sebagainya.
  3. Menawarkan program-program pensijilan dalam bidang-bidang yang khusus termasuklah dan tidak terhad kepada bidang pengajian Islam, pengubatan Islam, psikologi Islam, dan sebagainya.
  4. Mewujudkan perkhidmatan bimbingan, konsultansi, dan kaunseling secara percuma kepada golongan yang memerlukan dalam apa juga masalah seperti masalah berkaitan agama, kekeluargaan, gangguan mental, gangguan makhluk halus, dan lain-lain.
  5. Menganjurkan “daurah” atau kursus, seminar, konferens, konvensyen, dan sebagainya dalam skala kecil, sederhana, dan besar, sama ada tempatan mahupun antarabangsa dalam pelbagai bidang yang didasari perspektif Islam, contohnya pengurusan Islam, pengurusan masjid dan wakaf, ekonomi Islam, dan sebagainya.