PROGRAM TAHFIZ

Program ini berlangsung selama minimum tiga (3) tahun dan maksimum lima (5) tahun. (tertakluk kepada perubahan dari masa ke masa).
Had umur pelajar menyertai program ini ialah antara dua belas (12) tahun hingga enam belas (16) tahun mengikut kiraan tahun lahir pelajar. Had maksimum umur untuk menyelesaikan keseluruhan program ialah sembilan belas (19) tahun.
Program akan diadakan sepenuhnya di premis Akademi Darul Tauhid, beralamat di 1A, Tingkat 1, Jalan Diplomatik 2/2, Presint Diplomatik, 62050 Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia.
Sila klik di sini untuk maklumat lanjut berkenaan program ini.
- Program ini berlangsung selama minimum tiga (3) tahun dan maksimum lima (5) tahun. (tertakluk kepada perubahan dari masa ke masa)
- Had umur pelajar menyertai program ini ialah antara dua belas (12) tahun hingga enam belas (16) tahun mengikut kiraan tahun lahir pelajar. Had maksimum umur untuk menyelesaikan keseluruhan program ialah sembilan belas (19) tahun. Walau bagaimanapun, pelajar berusia bawah 12 tahun dan lebih 16 tahun boleh dipertimbangkan kemasukannya berdasarkan syarat-syarat tertentu dan setelah lulus temuduga.
- Program akan diadakan sepenuhnya di premis Akademi Darul Tauhid, beralamat di 1A, Tingkat 1, Jalan Diplomatik 2/2, Presint 15, 62050 Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia.
- Program ini diadakan seperti berikut (tertakluk kepada perubahan dan semakan):
- Hari : Isnin hingga Jumaat
- Masa : 00 pagi hingga 5.30 petang
- Pengisian dan silibus program ini adalah seperti berikut (tertakluk kepada perubahan dan semakan):
Tingkatan |
Umur |
Modul Tahfiz Al-Qur’an |
Modul Pengajian Islam |
Modul SPM |
Tingkatan 1 |
12-14 |
Juzuk 29 & 30 |
Aqidah Ulum A-Qur’an Ulum Al-Hadith Sirah Nabawiyyah Fiqh Usul Fiqh Bahasa Arab Akhlak & Adab |
Tiada |
Tingkatan 2 |
13-15 |
Juzuk 1-7 |
||
Tingkatan 3 |
14-16 |
Juzuk 8-14 |
||
Tingkatan 4 |
15-17 |
Juzuk 15-21 |
Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Bahasa Arab Matematik Sains Sejarah Pendidikan Al-Qur’an & As-Sunnah Pendidikan Syariah Islamiyah |
Kemahiran menghafal, walau bagaimanapun, bergantung kepada kemampuan dan kebolehan seseorang pelajar. Sekiranya pelajar tidak mampu menghabiskan hafazan 30 juzuk dalam tempoh pembelajaran di Akademi Darul Tauhid, maka mereka amat digalakkan untuk menyambung usaha hafazan hingga selesai dengan sendiri.
Metode pengajaran dan pembelajaran program ini adalah seperti berikut:
Modul |
Metode Pengajaran & Pembelajaran (P&P) |
Modul Tahfiz |
– Hafazan sendiri – Tasmi’ (memperdengarkan hafazan di hadapan guru) – Muraja’ah (mengulang hafazan) – Penilaian hafazan |
Modul Pengajian Islam |
– Talaqqi (membaca atau mendengar guru membaca kitab) – Syarahan oleh guru – Tugasan – Penilaian pemahaman |
Modul SPM atau STM |
– Tuisyen – Latih tubi – Ulangkaji soalan peperiksaan lepas – Menduduki peperiksaan |
Sila klik pada pautan di sebelah untuk maklumat terperinci tentang program ini ->