Diploma Pengajian Al-Quran & As-Sunnah anjuran Akademi Darul Tauhid merupakan program yang merangkumi ilmu-ilmu asas tentang ajaran Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah SAW. Ia mengandungi subjek-subjek yang merupakan asas dalam memahami Al-Quran dan As-Sunnah dalam rangka untuk menjiwai dan menghayati intipati asal dan akar umbi ajaran Islam.

Ini dirangka bagi melahirkan pelajar-pelajar yang berketerampilan dan berkemampuan menyampaikan ilmu dan dakwah kepada masyarakat setempat, di samping menceburkan diri dalam kerjaya di bidang pendidikan, penyelidikan, penerbitan, dan sebagainya yang relevan demi memartabatkan agama Islam.

 

Peluang Kerjaya

  

  • Peluang kerjaya di organisasi Islam dan badan-badan dakwah
  • Guru agama di sekolah atau pusat pengajian Islam, masjid, dan surau
  • Penulis dan pembantu penyelidik (research assistant)
  • Pendakwah Bebas

 

 

Mod Program

 Program ini mempunyai dua (2) mod; Mod Penuh (Biasa) dan Mod Mustami’. Kuliah dan tutorial hanya diadakan pada hujung minggu sahaja, iaitu pada hari-hari Sabtu dan/atau Ahad yang terpilih.

 Syarat Kemasukan

 

  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan 3 Kepujian/ Kredit, atau Syahadah atau sijil sekolah agama swasta atau pondok
  • Beragama Islam
  • Boleh membaca Al-Quran dengan baik
  • Tiada syarat kemasukan bagi Mod Mustami’ –terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat

  

Jadual Kuliah & Tutorial

 

Sabtu atau Ahad

 

 

9.30 am – 1.30 pm

Kuliah

1.30 pm – 2.30 pm

Rehat

2.30 pm – 5.30 pm

Kuliah

 

Senarai Subjek Asasi

            (Program Asasi juga dikenali sebagai Sijil Bahasa & Sastera Arab)

 

Subjek/Kursus

Jam Kredit

Semester 1 Asasi

Qa’idah Nuraniyyah 1

2

Aqidah Islamiyyah

2

Akhlaq Islami

3

Hafazan & Tajwid 1

2

Al-Madinah Buku 1

2

Al-Arabiyyah Bayna Yadayk 1

2

Semester 2 Asasi

Qa’idah Nuraniyyah 2

2

Al-Madinah Buku 2

2

Al-Arabiyyah Bayna Yadayk 2

2

Hadith Nabawi 1

2

Hafazan & Tajwid 2

2

Balaghah 1

2

Semester 3 Asasi

Al-Madinah Buku 3

2

Al-Arabiyyah Bayna Yadayk 3

2

Balaghah 2

2

Adab Jahiliyy

2

Nusus Adabiyyah

2

Hadith Nabawi 2

2

Jumlah Jam Kredit

37

 

 

Jadual Silibus Tahun Kedua (Diploma Pengajian Al-Quran & As-Sunnah)

 

TAHUN 2

Semester 1

Semester 2

Semester 3

Subjek

Kredit

Subjek

Kredit

Subjek

Kredit

Tarikh Tashri’

3

Pengantar Ulum Al-Qur’an

3

Pengantar Usul At-Tafsir

3

Fiqh Sunnah (Ibadat)

3

Fiqh Sunnah (Munakahat)

3

Tuhfah Thaniyah (Nahu) 2

2

Madkhal ila Al-Fiqh Al-Islami

3

Tamadun Islam

2

Aqidah Islamiyyah 3

2

Al-Arabiyyah Bayna Yadayk 4

2

Tuhfah Thaniyah (Nahu) 1

2

Hadith Nabawi 3

2

Ulum Al-Hadith

3

Mustalah Al-Hadith 1

3

Dakwah Islamiyyah

3

Sirah Nabawiyyah

3

Aqidah Islamiyyah 2

2

Kitab-Kitab As-Sunnah 1

3

Jumlah

17

Jumlah

15

Jumlah

15

 

Jadual Silibus Tahun Ketiga (Diploma Pengajian Al-Quran & As-Sunnah)

 

TAHUN 3

Semester 1

Semester 2

Semester 3

Subjek

Kredit

Subjek

Kredit

Subjek

Kredit

Pengantar Usul Al-Fiqh

3

Hadith Ahkam

3

Kertas Projek

2

Asbab Nuzul Al-Ayat

3

Kaedah Penyelidikan

2

Fiqh Sunnah (Mawarith)

3

Asbab Wurud Al-Hadith

3

Hafazan & Tajwid 3

2

Pengantar Ilmu Qiraat

3

Tafsir Al-Qur’an 1

3

Fiqh Sunnah (Jinayat)

3

Hafazan & Tajwid 4

2

Fiqh Sunnah (Muamalat)

3

Tafsir Al-Qur’an 2

3

Kitab-Kitab As-Sunnah 3

3

Ayat Ahkam

3

Kitab-Kitab As-Sunnah 2

3

Ilmu Takhrij Al-Hadith

3

Jumlah

18

Jumlah

16

Jumlah

16

 Susunan atau tertib subjek dalam setiap semester mungkin berubah dan berlainan daripada ini berdasarkan keputusan Akademi dari masa ke masa.

 

Sila klik pada pautan di sebelah ini untuk maklumat terperinci tentang program ini ->