TABANNI HUFFAZ DARUL TAUHID

Anda tidak mampu menjadi hafiz atau hafizah Al-Qur’an?

Anda teringin untuk mempunyai anak di kalangan HUFFAZ (penjaga-penjaga wahyu Allah)?

Anda inginkan PAHALA YANG MENGALIR berterusan hingga akhirat?

JADILAH KELUARGA ANGKAT PENJAGA WAHYU ALLAH DI MUKA BUMI

إِنَّ ٱلۡمُصَّدِّقِينَ وَٱلۡمُصَّدِّقَـٰتِ وَأَقۡرَضُواْ ٱللَّهَ قَرۡضًا حَسَنً۬ا يُضَـٰعَفُ لَهُمۡ وَلَهُمۡ أَجۡرٌ۬ كَرِيمٌ۬

Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia.

Surah Al-Hadid, 57:18

~ TABANNI HUFFAZ ~

“KELUARGA ANGKAT PENJAGA WAHYU”


Akademi Darul Tauhid yang dimiliki oleh DT Education Sdn. Bhd. (1298668-A) dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan Darul Tauhid Malaysia melancarkan program “TABANNI HUFFAZ” iaitu program KELUARGA ANGKAT khas untuk para pelajar tahfiz di Akademi Darul Tauhid dan Maahad Tahfiz Darul Tauhid.


Anda tidak mampu menjadi hafiz atau hafizah Al-Qur’an?

Anda teringin untuk mempunyai anak di kalangan HUFFAZ (penjaga-penjaga wahyu Allah)?

Anda inginkan PAHALA YANG MENGALIR berterusan hingga akhirat?

Kenapa menunggu lagi?
INILAH MASANYA!!!

Apa kelebihan para penghafal dan penuntut ilmu Al-Qur’an?

Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam bersabda:

“Sebaik-baik kamu ialah orang yang belajar Al-Qur’an dan mengajarkannya”.

(HR Al-Bukhari)

Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam bersabda:

“Sesungguhnya Allah memiliki keluarga dari kalangan manusia”. Para sahabat bertanya, “Siapakah mereka wahai Rasulullah?”. Baginda menjawab, “Ahlul Qur’an, mereka adalah keluarga Allah dan orang-orang istimewanya”.

(HR An-Nasa’i dan Ibn Majah)

Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam bersabda:

“Barangsiapa membaca satu (1) huruf daripada Kitab Allah, maka baginya satu (1) hasanah (kebaikan) dan satu (1) hasanah itu bersamaan dengan sepuluh (10) kali gandanya. Aku tidak mengatakan Alif Lam Mim itu satu huruf; tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf, dan Mim satu huruf.”

(HR At-Tirmidzi)

Bayangkan kelebihan dan keutamaan orang-orang yang membantu para penghafal Al-Qur’an ini, masha Allah

عن أبي مسعود عقبة بن عمرو الأ‌نصاري البدري – رضي الله عنه – قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((من دلَّ على خيرٍ، فله مثل أجر فاعله))؛ رواه مسلم

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah Bin ‘Amr Al-Ansari Al-Badri R.A. katanya:

Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda:
“Barangsiapa yang menunjukkan kepada kebaikan, maka baginya pahala yang sama seperti orang yang melakukan kebaikan tersebut”.

(HR Muslim)


Siapa Akademi Darul Tauhid?

Jom belajar di Akademi Darul Tauhid Putrajaya!

Dekati Al-Quran dan sunnah Nabi SAW tingkatkan kemuliaan diri..Rebutlah peluang yang besar ini untuk mendalami ilmu Al-Quran dan ilmu-ilmu syariah yang lain di Akademi Darul Tauhid..Akademi Darul Tauhid sebuah institusi pendidikan yang menawarkan pelbagai ilmu yang bermanfaat, sesuai tuntunan Al-Quran dan As-Sunnah!.Bahkan, program-program yang terdapat di Akademi Darul Tauhid sangat sesuai untuk semua lapisan masyarakat sama ada kanak-kanak mahupun dewasa..Ia sejajar dengan usaha kami dalam membantu membentuk sebaik-baik generasi muslim..Berikan sokongan anda dengan menghadiri dan menghebahkan program-program yang kami anjurkan! .Akademi Darul Tauhid tidak hanya sebatas pusat Ilmu, bahkan ia adalah tempat menjalin serta mengukuhkan silaturrahim sesama muslim..Jazakumullahu khairan kami ucapkan atas perhatian anda……………………….Untuk maklumat lanjut tentang program-program anjuran Akademi Darul Tauhid, sila hubungi kami menerusi Whatsapp www.wasap.my/60194069406 atau telefon 03-88610005 (Waktu Pejabat)

Posted by Akademi Darul Tauhid on Monday, January 6, 2020

Keistimewaan Akademi Darul Tauhid


📖 Hafazan Qur’an 30 Juzuk dengan Kaedah Memori Fotografik AT-TAUHIDI yang pertama di Malaysia


📖 Penilaian dan penganugerahan SIJIL HAFAZAN dengan kerjasama Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) yang diiktiraf oleh MQA


📖 Program FAST-TRACK SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) selama setahun


📖 Pengajian KITAB-KITAB TURATH para ulama muktabar


📖 Ko-Kurikulum menarik termasuk Taekwondo


📖 PELUANG ke menara gading – kolej, kolej universiti, dan universiti – tempatan dan luar negara (jika lulus syarat minimum)


Kemudahan lain termasuklah…



🏬 Suasana pembelajaran yang kondusif (Presint Diplomatik Putrajaya)
🏬 Bilik kelas dan asrama berhawa dingin dan beralas permaidani
🏬 Padang dan tempat riadah yang besar dan indah
🏬 Medium Bahasa Melayu, Bahasa Arab, dan Bahasa Inggeris
🏬 Guru-Guru yang berkelulusan tinggi dan bertauliah
🏬 Makan minum yang lazat dan berkhasiat
🏬 Penginapan asrama bertaraf banglo atau rumah yang selesa (lelaki sahaja buat masa ini)


BAGAIMANA MENJADI “KELUARGA ANGKAT PENJAGA WAHYU” BERSAMA DARUL TAUHID?

  1. Mengisi dengan lengkap borang penyertaan program ini – SILA KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN BORANG
  2. Menghantar borang yang telah lengkap diisi ke alamat berikut:

    Pertubuhan Kebajikan Darul Tauhid Malaysia
    C/O: 1A, Tingkat 1, Jalan Diplomatik 2/2
    Presint Diplomatik
    62050 Wilayah Persekutuan Putrajaya
    Telefon: 03-8861 0005 & 0122051900

  3. ATAU, anda boleh mengisi BORANG ATAS TALIAN (ONLINE) ini sekiranya ingin pihak kami menghubungi anda lebih cepat:

Kepada siapakah pembiayaan dari saya akan pergi?

MANFAAT PROGRAM INI HANYA BAGI PELAJAR / IBU BAPA / PENJAGA PELAJAR YANG MENEPATI SYARAT-SYARAT BERIKUT:

1) Bersetuju dengan semua terma, syarat, dan peraturan Akademi Darul Tauhid
2) Bersetuju membuat bayaran yuran setiap bulan mengikut perjanjian
3) Pendapat seisi rumah (household income) kurang daripada RM6000 sebulan (perlukan pengesahan)
4) Anak/jagaan mereka bersetuju untuk patuh pada peraturan Akademi Darul Tauhid sepanjang tempoh pengajiannya
5) Sanggup dan mampu membayar yuran mengikut kadar kemampuan masing-masing, bukan langsung tidak membayar apa-apa

Borang Pengesahan Pendapatan akan dihantar kepada pemohon bantuan / tajaan daripada KELUARGA ANGKAT, SEKIRANYA mereka BERSETUJU dan MEMATUHI syarat-syarat di atas.

Borang tersebut perlu diisi dengan lengkap dengan maklumat yang betul dan dilampirkan dengan dokumen sokongan seperti slip gaji, penyata bank, dan sebagainya yang relevan, dan seterusnya disahkan oleh Suruhanjaya Sumpah/Ketua Kampung/Imam Masjid Qariah di tempat anda/Pegawai Daerah/majikan anda dan lain-lain yang layak memberikan pengesahan.

Para pelajar yang TERPILIH menjadi “anak angkat” kepada peserta program TABANNI HUFFAZ DARUL TAUHID ini wajib menandatangani perjanjian dan mentaati semua peraturan dan syarat yang ditetapkan. Antara syarat dan peraturan tersebut ialah:

  • Tidak boleh berhenti daripada pengajian tanpa sebab yang munasabah
  • Tidak gagal dalam mana-mana peperiksaan
  • Berjaya menghafaz sekurang-kurangnya 10 juzuk sepanjang tempoh pengajiannya
  • Tidak dikenakan tindakan disiplin atau hukuman akibat salah laku
  • Tidak melanggar mana-mana undang-undang negara
  • dan lain-lain lagi

Bilangan Lot dan Nilai Lot

Bilangan Lot Maksimum Per PelajarNilai Per Lot (RM)
Pelajar Harian = 10 lotRM60
Pelajar Asrama = 15 lotRM60

Terma & Syarat Penyertaan Program Tabanni Huffaz Darul Tauhid

  1. Satu keluarga angkat boleh menaja lebih daripada satu lot dan tiada had.
  2. Peserta (keluarga angkat) perlu menandatangani perjanjian dengan Pertubuhan Kebajikan Darul Tauhid Malaysia untuk menaja pelajar yang terpilih dalam jangka masa yang ditetapkan dan dengan nilai serta bilangan lot yang telah dipersetujui.
  3. Setiap peserta yang memohon menjadi keluarga angkat dengan mengisi dan menghantar borang permohonan dengan lengkap akan dihubungi untuk proses seterusnya.
  4. Peserta tidak boleh menarik diri daripada program ini tanpa persetujuan daripada Pertubuhan Kebajikan Darul Tauhid Malaysia secara bertulis.
  5. Permohonan untuk menarik diri mestilah dibuat secara bertulis kepada Pertubuhan Kebajikan Darul Tauhid Malaysia sekurang-kurangnya dalam tempoh tiga (3) bulan sebelum penamatan atau pemberhentian penyertaan.
  6. Seorang pelajar boleh sahaja ditaja oleh beberapa peserta atau keluarga angkat, maka mereka berhak untuk menziarahi, atau membawa pelajar berkenaan untuk “outing” atau balik bermalam dengan kebenaran dan keizinan ibu bapa atau penjaga yang sah kepada pelajar tersebut.
  7. Keluarga angkat mestilah bersetuju dengan semua terma dan syarat yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kebajikan Darul Tauhid Malaysia sebagai pemilik dan pengendali program Tabanni Huffaz ini serta Akademi Darul Tauhid sebagai pemilik pusat tahfiz.

HUBUNGI 012-2051900 atau 0194069406 untuk bercakap dengan pegawai kami berkenaan program ini